Selamat datang ke blog kerja sambilan June 11th, 2008
Selamat datang ke laman blog kerja sambilan yang baru sahaja diinstallkan dengan wordpress setelah sekian lamanya domain ini di park. Tujuan blog ini adalah untuk ber”eksperimen” dan berkongsi ilmu mengenai peluang dan juga cara cara untuk menghasilkan pendapatan melalui internet secara sambilan.
Saya sebenarnya tak berapa pandai nak menulis panjang panjang seperti orang lain dengan bahasa yang formal, cuma sekadar menggunakan bahasa pasar saja, harap maklum hehe. Oh ya selepas ini saya akan melakukan eksperimen pertama saya iaitu eksperimen Search Engine Optimization (SEO) untuk menempatkan laman web saya di halaman pertama enjin carian google menggunakan keyword “Kerja Sambilan“. Mari kita tunggu dan lihat sama ada berjaya atau tidak.