Perniagaan Internet merupakan aktiviti penjualan produk dan juga perkhidmatan melalui internet dan produk tersebut terbahagi kepada 2 iaitu produk maya (contoh: ebook, hosting, design, ect) dan juga produk nyata seperti produk yang anda beli di kedai kedai. Bagi saya yang langsung tidak mempunyai sebarang produk untuk dijual, saya akan menyertai Program Menjana Wang seperti Adsense, Chitika, Kontera, Affiliate dan pelbagai lagi program dalam kategori yang sama sebagai permulaan eksperimen kerja sambilan saya.

Sebelum bermula, saya akan mengkaji program program tersebut serta memahami dengan mendalam bagaimana program tersebut dapat menjana wang. Setelah itu barulah saya akan memulakan langkah pertama dengan program tersebut. Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama kan? hehe :P